Thursday 13 December 2012

Peralatan Kecil (Belon)

Penggunaan peralatan kecil adalah perlu untuk dimuatkan ke dalam program aktiviti fizikal. Penggunaan peralatan kecil membantu memperkembangkan kemahiran manipulatif. Semasa menjalankan aktiviti ini, peralatan haruslah mencukupi, sekurang-kurangnya satu alatan untuk dua orang kanak-kanak. Untuk pengenalan, kanak-kanak digalakkan memanipulasi alatan yang lembut dan ringan supaya mereka tidak merasa sakit jika terkena di bahagian muka.

Aktiviti Dengan Belon

  • Lumba Pukul Belon iaitu kanak-kanak berada di dua garisan dengan belon di tangan. Pukul belon ke lantai dan balik semula tanpa menyambutnya. 
  • Lumba Lompat Tendang Belon iaitu setiap kanak-kanak lompat dan tendang belon ke lantai dan balik semula ke sebelah kaki lagi. 
  • Lumba Pukul Belon iaitu secara berpasangan, pukul belon ke lantai sekali dan diikuti oleh pasangan secara bergilir-gilir. 
  • Membawa Belon iaitu tiga atau empat orang kanak-kanak memukul belon ke atas, diikuti oleh seorang lagi memukulnya secara bergilir-gilir tanpa jatuh. 
  • Tampar Belon iaitu dengan guna kerusi atau tali sebagai jaring. Main permainan bola tampar menggunakan dua belon ditampar dengan serentak. Tampar dengan hayunan ke atas. Jika belon jatuh ke lantai, pasukan dikira kalah satu mata. 
  • Tendang Belon iaitu bahagikan kepada dua kumpulan. Adakah dua orang sebagai penjaga gol masing-masing. Cuba tendang belon untuk masuk ke dalam gol masing-masing. 
  • Belon Di Belakang iaitu secara berpasangan membelakang dengan belon di belakang. Cuba picit belon sehingga pecah. Jika belon jatuh sebelum pecah, pasangan dikira kalah. 
  • Bawa Belon iaitu membawa belon dengan pelbagai cara tanpa menggunakan tangan. Contohnya dengan kepala, belakang dan sebagainya. 
  • Roket Belon iaitu meniup belon dan lepaskannya supaya jatuh di sesuatu sasaran. Belon yang jatuh terdekat dengan sasaran objek dikira menang. 
  • Belon Menjelajah iaitu guna pelbagai anggota badan untuk menampar belon ke udara. 
  • Hantar Belon iaitu bahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan. Guna kerusi atau tali sebagai garisan perantaraan. Kesemua kanak-kanak memukul belon ke garisan tersebut. Kumpulan yang dapat memukul belon yang paling banyak ke garisan akan dikira menang. 
       

1 comment:

  1. Paparan yang menarik dan sarat dengan info.Terima kasih kerana berkongsi..

    ReplyDelete