Tuesday 11 December 2012


Definisi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia
Kekeliruan sering berlaku terhadap definisi pendidikan awal kanak-kanak. Definisi yang sering diguna pakai sekiranya anda membaca buku-buku penilsan dan terbitan dari USA dan menjadi pegangan pendidik awal kanak-kanak dan ahli akademiknya di bawah peraturan National Association for the Education of Young Children (NAEYC) menyatakan pendidikan awal kanak-kanak adalah lahir hingga 8 tahun. Terdapat kekeliruan mereka yang tidak terdidik dalam bidang ini akan mengatakan bermula daripada sifar (0 tahun) tetapi sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak bermula dari bayi itu dilahirkan.


Di Malaysia terdapat kekeliruan ibu bapa khususnya definisi tadika, prasekolah dan taska. Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan 'pendidikan prasekolah' (preschool education) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun. 'Tadika' (kindergarten) bermaksud tempat di mana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai sepuluh atau lebih. Manakala 'taska' (nursery) merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun iaitu bermula dari lahir hingga empat tahun.

No comments:

Post a Comment