Wednesday 12 December 2012

Kitab Ihya Ulumiddin

Pandangan dari Kitab Ihya Ulumiddin mengenai pendidikan kanak-kanak ialah :-

  • Penuhkan masa lapang kanak-kanak. 
  • Jauhkan mereka daripada melakukan perkara-perkara yang buruk. Galakkan mereka melakukan perkara yang baik seperti membaca buku, membaca Al Quran dan hadis pilihan dan cerita mengenai orang yang baik. 
  • Didiklah mereka dengan mengajarkan pengajaran agama dengan mengajar adab kesopanan yang diajarkan oleh agama. Contohnya adab semasa makan. Makan serentak dalam sebuah keluarga. Basuh tangan sebelum makan. Baca Bismillah, baca doa, bersihkan tubuh badan, berwuduk dan bersembahyang.
  • Didik mereka dengan cara beribadat yang perlu iaitu ibadat khas dan ibadat am seperti bersembahyang. Cara pengajarannya diajar berperingkat-peringkat dari segi perlakuan dan bacaan. 
  • Terangkan kepada mereka pengetahuan agama bukan teorinya tetapi secara praktikal. Beliau menyarankan supaya diterangkan kepada kanak-kanak tentang keburukan mencuri dan melarang kanak-kanak makan makanan yang haram kerana bukan haknya. 
  • Kanak-kanak hendaklah diajar supaya merendah diri. 
  • Jangan ajar kanak-kanak berbohong. 
  • Kanak-kanak hendaklah diajar supaya bersikap sederhana dalam perlakuan. 
  • Hendaklah menasihatkan kanak-kanak supaya menjauhi diri daripada kawan-kawan yang jahat. 
  • Jangan biasakan kanak-kanak bersenag lenang. 
  • Hendaklah bertegas dengan mereka. 
  • Jangan bermanja-manja dengan kanak-kanak dan berseronok-seronok dengan mereka. 
  • Imam Al Ghazali santa menekankan tentang aspek bermain. Beliau menyarankan supaya kanak-kanak bermain kerana bermain adalah sifat semulajadi kanak-kanak. Bermain boleh menyuburkan tubuh yang kecil dan menguatkan otot kanak-kanak. Bermain juga boleh mendatangkan kegembiraan kepada kanak-kanak dan bermain boleh merehatkan kanak-kanak selepas mereka penat belajar. 
  • Al Ghazali melarang daripada mendenda kanak-kanak dengan keterlaluan. Beliau menyarankan supaya mengurangkan cemuhan terhadap kanak-kanak dan jangan timbulkan keburukan malah hendaklah memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. 
  • Di antara nasihat-nasihat beliau ialah supaya mengambil pengasuh  daripada wanita yang kuat pegangan agama kerana ia akan memberi kesan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak tidak harud dibiarkan tidur di waktu siang. Kanak-kanak tidak boleh berbangga diri di hadapan kawan-kawannya. Kanak-kanak juga tidak harus dibiarkan mengadu kepada orang lain. Oleh sebab itu orang yang diadu jangan menyebelahi kanak-kanak itu. Guru atau pengasuh hendaklah melahirkan kasih sayang kepada kanak-kanak seperti mengasihi anak sendiri. Guru juga disarankan supaya jangan mengharapkan ganjaran semasa mendidik. 

1 comment: