Friday 14 December 2012

Pengajaran Bertemakan Kerohanian


Kanak-kanak Cilik

     

Kanak -kanak harus diberi peluang bermain dan bergaul dengan rakan sebaya kerana ini akan memberikan keyakinan dan memberikan persediaan untuk mereka melangkah ke alam persekolahan nanti. Berikan perhatian dan galakan kepada kanak-kanak yang sedang meningkat tumbesarannya. Dengan perhatian dan didikan yang sempurna, pastinya kanak-kanak ini merasakan diri mereka adalah permata yang bernilai dalam kehidupan kedua ibu bapa atau penjaga serta masyarakat sekeliling. Didiklah kanak-kanak ini dengan penuh kasih sayang.

Thursday 13 December 2012

Game Time..


Mari Berhibur


Peralatan Kecil (Pundi Kacang)

Kanak-kanak di peringkat prasekolah amat gemar membaling dan menangkap pundi kacang. Pundi kacang membantu dalam pembelajaran pengenalan " kiri dan kanan".

Aktiviti Pundi Kacang.

  • Lambung dan tangkap. 
  • Lambung dengan tangan kiri dan sambut dengan tangan yang sama. 
  • Lambung dengan tangan kanan dan sambut dengan tangan kiri. 
  • Lambung, pusing badan dan sambut. 
  • Lambung dan sambut dengan pasangan. 
  • Lambung, lakukan berbagai kemahiran lokomotor dan sambut. 
  • Imbang pundi kacang di atas kepala atau di berbagai bahagian badan. 
  • Letakkan pundi kacang merata-rata di lantai. Kanak-kanak bergerak dengan berbagai kemahiran lokomotor kelilingnya. 
  • Letakkan berbagai anggota badan di atas pundi kacang. 
  • Lompat sejauh yang boleh dan melangkahi pundi kacang. 
  • Berlumba dengan meletakkan pundi kacang di atas berbagai anggota badan. 
  • Lambung, lakukan berbagai bayangan aktiviti (seperti basuh muka, gosok gigi) dan sambut semula pundi kacang. 
  • Baling pundi kacang ke dalam gelung, bakul atau bulatan. 
  • Baling ke arah kotak atau botol plastik.   
Setelah kanak-kanak mendapat kemahiran, mereka boleh melakukan aktiviti dengan bola menggunakan beberapa kemahiran yang sama. 

  

Peralatan Kecil (Gelung)

Pergerakan dengan gelung.

  • Pegang gelung dan angkat seberapa tinggi yang boleh. 
  • Angkat gelung tinggi, kemudian jatuhkan ke lantai tanpa menyentuh badan. 
  • Imbang badan atas sebelah kaki di dalam gelung. 
  • Golek gelung di lantai. 
  • Golek gelung dan lari melalui gelung tanpa menyentuhnya. 
  • Memutarkan gelung di tangan. 
  • Pegang gelung, lompat ke dalam dan keluar. 
  • Golek gelung dengan pantas. 
  • Golek gelung dengan perlahan. 
  • Golek gelung dengan pantas, kemudian perlahan. 
  • Putar gelung dan rendahkan badan. 
  • Lompat skip melalui gelung. 
Permainan Dengan Gelung. 
  1. Gelung Muzik - Letak gelung di lantai. Muzik berbunyi dan kanak-kanak bergerak mengikut ritma. Apabila muzik berhenti, mereka lari dan berdiri di dalam gelung. Kanak-kanak yang tidak berdiri dalam gelung akan keluar.    
  2. Permainan Jambatan  - Dalam 2 kumpulan. Guru berdiri di antara kumpulan. Orang pertama bawa gelung ke depan, kemudian lari ke belakang. Orang kedua bawa gelung ke depan gelung orang pertama dan lari ke belakang. Permainan diteruskan sehingga kedua-dua kumpulan bertemu dengan guru. 
  3. Belajar Kira-kira - Gelung di atas lantai. Guru memberi arahan " Jawab soalan ini dan letakkan anggota badan di dalam gelung". 2 + 2 = ....... (Murid letak tiga jari tangan dan sebelah siku ke dalam gelung). Pergerakan dan permainan yang dicadangkan boleh disuaikan dengan muzik. 
  

Peralatan Kecil (Belon)

Penggunaan peralatan kecil adalah perlu untuk dimuatkan ke dalam program aktiviti fizikal. Penggunaan peralatan kecil membantu memperkembangkan kemahiran manipulatif. Semasa menjalankan aktiviti ini, peralatan haruslah mencukupi, sekurang-kurangnya satu alatan untuk dua orang kanak-kanak. Untuk pengenalan, kanak-kanak digalakkan memanipulasi alatan yang lembut dan ringan supaya mereka tidak merasa sakit jika terkena di bahagian muka.

Aktiviti Dengan Belon

  • Lumba Pukul Belon iaitu kanak-kanak berada di dua garisan dengan belon di tangan. Pukul belon ke lantai dan balik semula tanpa menyambutnya. 
  • Lumba Lompat Tendang Belon iaitu setiap kanak-kanak lompat dan tendang belon ke lantai dan balik semula ke sebelah kaki lagi. 
  • Lumba Pukul Belon iaitu secara berpasangan, pukul belon ke lantai sekali dan diikuti oleh pasangan secara bergilir-gilir. 
  • Membawa Belon iaitu tiga atau empat orang kanak-kanak memukul belon ke atas, diikuti oleh seorang lagi memukulnya secara bergilir-gilir tanpa jatuh. 
  • Tampar Belon iaitu dengan guna kerusi atau tali sebagai jaring. Main permainan bola tampar menggunakan dua belon ditampar dengan serentak. Tampar dengan hayunan ke atas. Jika belon jatuh ke lantai, pasukan dikira kalah satu mata. 
  • Tendang Belon iaitu bahagikan kepada dua kumpulan. Adakah dua orang sebagai penjaga gol masing-masing. Cuba tendang belon untuk masuk ke dalam gol masing-masing. 
  • Belon Di Belakang iaitu secara berpasangan membelakang dengan belon di belakang. Cuba picit belon sehingga pecah. Jika belon jatuh sebelum pecah, pasangan dikira kalah. 
  • Bawa Belon iaitu membawa belon dengan pelbagai cara tanpa menggunakan tangan. Contohnya dengan kepala, belakang dan sebagainya. 
  • Roket Belon iaitu meniup belon dan lepaskannya supaya jatuh di sesuatu sasaran. Belon yang jatuh terdekat dengan sasaran objek dikira menang. 
  • Belon Menjelajah iaitu guna pelbagai anggota badan untuk menampar belon ke udara. 
  • Hantar Belon iaitu bahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan. Guna kerusi atau tali sebagai garisan perantaraan. Kesemua kanak-kanak memukul belon ke garisan tersebut. Kumpulan yang dapat memukul belon yang paling banyak ke garisan akan dikira menang. 
       

Wednesday 12 December 2012

Mari Berhibur


Kitab Ihya Ulumiddin

Pandangan dari Kitab Ihya Ulumiddin mengenai pendidikan kanak-kanak ialah :-

  • Penuhkan masa lapang kanak-kanak. 
  • Jauhkan mereka daripada melakukan perkara-perkara yang buruk. Galakkan mereka melakukan perkara yang baik seperti membaca buku, membaca Al Quran dan hadis pilihan dan cerita mengenai orang yang baik. 
  • Didiklah mereka dengan mengajarkan pengajaran agama dengan mengajar adab kesopanan yang diajarkan oleh agama. Contohnya adab semasa makan. Makan serentak dalam sebuah keluarga. Basuh tangan sebelum makan. Baca Bismillah, baca doa, bersihkan tubuh badan, berwuduk dan bersembahyang.
  • Didik mereka dengan cara beribadat yang perlu iaitu ibadat khas dan ibadat am seperti bersembahyang. Cara pengajarannya diajar berperingkat-peringkat dari segi perlakuan dan bacaan. 
  • Terangkan kepada mereka pengetahuan agama bukan teorinya tetapi secara praktikal. Beliau menyarankan supaya diterangkan kepada kanak-kanak tentang keburukan mencuri dan melarang kanak-kanak makan makanan yang haram kerana bukan haknya. 
  • Kanak-kanak hendaklah diajar supaya merendah diri. 
  • Jangan ajar kanak-kanak berbohong. 
  • Kanak-kanak hendaklah diajar supaya bersikap sederhana dalam perlakuan. 
  • Hendaklah menasihatkan kanak-kanak supaya menjauhi diri daripada kawan-kawan yang jahat. 
  • Jangan biasakan kanak-kanak bersenag lenang. 
  • Hendaklah bertegas dengan mereka. 
  • Jangan bermanja-manja dengan kanak-kanak dan berseronok-seronok dengan mereka. 
  • Imam Al Ghazali santa menekankan tentang aspek bermain. Beliau menyarankan supaya kanak-kanak bermain kerana bermain adalah sifat semulajadi kanak-kanak. Bermain boleh menyuburkan tubuh yang kecil dan menguatkan otot kanak-kanak. Bermain juga boleh mendatangkan kegembiraan kepada kanak-kanak dan bermain boleh merehatkan kanak-kanak selepas mereka penat belajar. 
  • Al Ghazali melarang daripada mendenda kanak-kanak dengan keterlaluan. Beliau menyarankan supaya mengurangkan cemuhan terhadap kanak-kanak dan jangan timbulkan keburukan malah hendaklah memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. 
  • Di antara nasihat-nasihat beliau ialah supaya mengambil pengasuh  daripada wanita yang kuat pegangan agama kerana ia akan memberi kesan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak tidak harud dibiarkan tidur di waktu siang. Kanak-kanak tidak boleh berbangga diri di hadapan kawan-kawannya. Kanak-kanak juga tidak harus dibiarkan mengadu kepada orang lain. Oleh sebab itu orang yang diadu jangan menyebelahi kanak-kanak itu. Guru atau pengasuh hendaklah melahirkan kasih sayang kepada kanak-kanak seperti mengasihi anak sendiri. Guru juga disarankan supaya jangan mengharapkan ganjaran semasa mendidik. 

Al Ghazali

Seorang ahli falsafah Islam yang terkenal. Dalam masa hidupnya, beliau telah menghasilkan hampir seratus buah buku. Di antara buku-bukunya yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin. Buku ini ditulis kerana menyedari tentang agama yang telah dilupai oleh umat Islam.
Al Ghazali amat menekankan tentang pendidikan peringkat awal kanak-kanak. Beliau pernah berkata bahawa ibu bapa harus memerhatikan pendidikan anak-anak sejak mula pertumbuhannya. Mereka tiada mengupah orang untuk mengasuh atau menyusukan anak, kecuali seorang perempuan yang soleh, baik urusan agamanya, makan hanya yang halal sahaja (Syaikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi: 443).

  

Good Morning Song

Lagu yang boleh diaplikasikan bersama kanak-kanak di prasekolah.

Aktiviti Merangsang Psikomotor Halus


Nyanyian Bertema (Hari & Bulan)


Aktiviti Mengenal Warna


Tuesday 11 December 2012

Kongsi Ilmu

Latihan untuk kanak-kanak...
Froebel telah mencipta berbagai-bagai latihhan bagi setiap peringkat, umpamanya sebelum kanak-kanak meninggalkan buaian , dia telah diajar latihan menggengam dan memegang. Froebel memberi nama alat-alat geometri yang menjadi bahan mainan kanak-kanak yang diciptanya sebagai gifts dan pekerjaan occupaition. Hadiah pertama iaitu bola daripada bulu yang berwarna digunakan oleh para ibu bukan sahaja untuk memperkembangkan aspek fizikal kanak-kanak malah juga untuk menguatkan otak dan semangat kanak-kanak.
Apabila kanak-kanak berusia 5 tahun, mereka sudah bersedia untuk mengikuti latihan-latihan yang lebih komplikated. Hadiah ketiga, keempat, kelima dan seterusnya merupakan permainan berbentuk kiub atau blok-blok di mana pada peringkat ini kanak-kanak bersedia untuk mempelajari sesuatu seperti membina objek.
Selepas kanak-kanak boleh menguasai latihan dalam blok, mereka diperkenalkan pula dengan pendidikan seterusnyya yang dianggap sebagai pekerjaan. Latihan dalam peringkat ini berkaitan dengan tenunan, mencucuk manik, menjahit dan stick-laying exercise. Pada peringkat ini, kanak-kanak diajar untuk mencipta sendiri bentuk-bentuk yang dikehendaki. Matlamat pendidikan pada peringkat ini juga untuk memperkembangkan aspek fizikal, kognitif dan sosial kanak-kanak.

Belajar Abjad Bersama Si Manja Cilik


Mari Berhibur..


Rehat Minda

Sediakan teka teki bersama anak atau kanak-kanak di taska (4 tahun hingga 4 tahun) semasa menunggu untuk pulang sebagai aktiviti selingan atau aktiviti lain yang sesuai. Anda boleh mencipta sendiri teka teki sebagai pengayaan bahasa. Jangan terlalu mengelirukan. Bina teka teki mudah. Kanak-kanak kecil akan turu bersama apabila mula menangkap maksud teka teki dan berasa seronok.

Teka teki berirama
Mak, mak pergi pasar
Mak bawa bakul besar
Cuba teka mak beli apa?

Rehat Minda


Teka Teki 1

Teka teki (riddle) kanak-kanak dapat membantu perkembangan minda, bahasa dan imaginasi khususnya kanak-kanak yang berusia 4 tahun boleh bermain dengan bahasa. Teka teki boleh direka dengan menggunakan bahasa ringkas sesuai dengan kanak-kanak.

Teka teki binatang
:

Saya makan rumput
Saya berkata bek, bek, bek
Siapa saya?

Saya ada bulu
Saya boleh berenang
Saya berkata kuek, kuek, kuek
Siapa saya?

Contoh Kaedah Pembelajaran Kanak-kanak

            

Mempelajari Perkataan

Sejenak untuk memikir tentang tujuan perkataan itu. Perkataan yang mengandungi abjad adalah penting sebab apabila digabungkan menjadi perkataan. Ramai kanak-kanak yang boleh menghafal perkataan tetapi tidak tahu tujuannya. Penting bagi orang dewasa membantu kanak-kanak memahami tujuan perkataan. Mempelajari perkataan adalah lebih menyeronokkan apabila perkataan membina nama kanak-kanak atau semasa mereka mengeja makanan kegemarannya. Seboleh-bolehnya ambil masa untuk membantu kanak-kanak melihat perkataan yang mereka tahu:
  • papan tanda
  • nama jalan
  • pada kulit buku
  • di suratkhabar
  • tin
  • televisyen

Wajah-wajah Si Manja Cilik

    


Interaksi Orang Dewasa dengan Kanak-Kanak

Pendidik di taska hendaklah kerap berinteraksi dengan kanak-kanak terutama bayi dan tatih. Pendidik hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang kepada kanak-kanak dengan memberi senyuman, sentuhan, memegang dan bercakap dengan kanak-kanak pada aras mata mereka sepanjang hari, khususnya semasa ketibaan di taska dan semasa hendak pulang. Begitu juga semasa menyalin lampin interaksi mesra orang dewasa sangat diperlukan oleh bayi dan tatih.

Interaksi atau hubungan antara orang dewasa dengan kanak-kanak boleh menyumbangkan secara menyeluruh bidang pertumbuhana dan perkembangan kanak-kanak. Hubungan secara pertuturan dan bukan pertuturan antara kanak-kanak dan orang dewasa perlu kerap dilakukan.


Ibu Bapa dan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kanak-kanak mempunyai hubungan rapat dengan keluarga. Program bukan sahaja dibina untuk kesesuaian dan keperluan kanak-kanak tetapi juga dapat memberi kefahaman kepada ibu bapa dan membina strategi untuk mencapai keberkesanan program bersama ibu bapa. Semua komunikasi antara taska atau tadika dan keluarga hendaklah bersasaskan kepada konsep bahawa ibu bapa perlu sebagai teras mempengaruhi kehidupan kanak-kanak.

Maklumat tentang program hendaklah ditulis tentang pernyataan falsafah dan matlamat hendaklah disediakan dan mudah diperolehi oleh ibu bapa dan kakitangan taska/tadika. Falsafah dan matlamat yang ditulis menerusi cetakan tidak mencukupi jika tidak diterangkan menerusi komunikasi dan kefahaman dengan ibu bapa. Penerangan maklumat adalah penting untuk ibu bapa untuk membuat perancangan yang terbaik untuk anaknya.

Kongsi Ilmu



Kecemerlangan Pendidik Kanak-Kanak

Salah satu ke arah persediaan kecemerlangan pendidik awal kanak-kanak adalah persediaan untuk merentas disiplin (interdisiplinary) pelbagai latar pendidikan awal kanak-kanak. Pendidik menghadapi pelbagai keadaan kanak-kanak, belajar berbahasa di peringkat kanak-kanak, keluarga yang pelbagai ragam. Selain dari itu pendidik perlu mempelajari bidang pemakanan, kajian berbahasa, sistem kekeluargaan dan sosiologi, dan bidang sains sosial.

Definisi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia
Kekeliruan sering berlaku terhadap definisi pendidikan awal kanak-kanak. Definisi yang sering diguna pakai sekiranya anda membaca buku-buku penilsan dan terbitan dari USA dan menjadi pegangan pendidik awal kanak-kanak dan ahli akademiknya di bawah peraturan National Association for the Education of Young Children (NAEYC) menyatakan pendidikan awal kanak-kanak adalah lahir hingga 8 tahun. Terdapat kekeliruan mereka yang tidak terdidik dalam bidang ini akan mengatakan bermula daripada sifar (0 tahun) tetapi sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak bermula dari bayi itu dilahirkan.


Di Malaysia terdapat kekeliruan ibu bapa khususnya definisi tadika, prasekolah dan taska. Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan 'pendidikan prasekolah' (preschool education) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun. 'Tadika' (kindergarten) bermaksud tempat di mana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai sepuluh atau lebih. Manakala 'taska' (nursery) merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun iaitu bermula dari lahir hingga empat tahun.